Perubahan sistem kehakiman Zaki_Azmi

Selama 4 tahun sebagai Ketua Hakim Negara, akhirnya beliau pencen pada usia 66 tahun pada 12 September 2011.

Beliau berjaya mengurangkan kes-kes tertangguh di semua peringkat yang telah mempercepatkan sistem pengadilan.Kini kes tetunggak hanya 9,700 kes sahaja[11]. Antaranya sistem teknologi berkomputer , rakaman audio visual di mahkamah, sistem rakaman dan transkripsi mahkamah (CRT) serta sistem e-filing .Selain itu, penubuhan Mahkamah Dagang baru dan Mahkamah Khas Rasuah.Laporan Bank Dunia "Malaysia Court Backlog and Delay Reduction Programme" jelas memuji tranformasi itu.[12] [13][14]

Kaedah 'plea bargaining' atau rundingan bagi pengakuan bersalah untuk mengurangkan pertuduhan dan hukuman terhadap tertuduh sesuatu kesalahan jenayah turut diperkenalkan.Kaedah itu hanya untuk pesalah kali pertama dan dilakukan secara sukarela. Orang kena tuduh (OKT) cenderung mengaku bersalah dan kes berkenaan tidak perlu melalui perbicaraan penuh dan kes jenayah juga dapat berjalan lebih lancar.‘Plea bargaining’ perlu ditawar dalam masa 30 hari selepas seseorang itu didakwa, dan sekiranya tiada pilihan diterima selepas 90 hari, perbicaraan penuh akan dijalankan. Kaedah ‘plea bargaining’ diluluskan Parlimen pada Jun 2010 di bawah Seksyen 172 Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2010.

Beliau menepati janji tidak bicara kes mahkamah membabitkan UMNO kerana pernah menjadi penasihat undang-undang UMNO.

Selaku Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) beliau memberikan penekanan terhadap alasan penghakiman sebagai satu daripada prasyarat dalam memutuskan kenaikan pangkat para hakim.Statistik kes mahkamah yang diselesaikan oleh hakim juga turut diberikan pertimbangan.Kenaikan pangkat adalah berdasarkan merit dan prestasi, bukan semata-mata berdasarkan kekananan.Antara yang mendapat pertimbangan JAC ialah Datuk Wahab Patail (61) ; Datuk Clement Allan Skinner (53); Datuk Mohamed Apandi Ali (60), Datuk Zaharah Ibrahim (58) ;Datuk Mariana Yahya, Dr Badariah Sahamid, Azman Abdullah, Mohd Yazid Mustafa, Zainal Azman Abdul Aziz, Yew Jen Kie, Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Zamani Abdul Rahim dan Vernon Ong Lam Kiat. [15]

Beliau tidak terlibat dalam kes krisis politik di Perak di mana Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2010 sudah mengisytiharkan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah sah.

Beliau pernah memerintahkan FELDA membayar RM11 juta ganti rugi kepada peneroka.[16]

Rujukan

WikiPedia: Zaki_Azmi http://malaysianjudges.blogspot.com/2007/09/umnos-... http://www.malaysiakini.com/news/91404 http://www.malaysiakini.com/news/91714 http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/messa... http://www.bharian.com.my/articles/Alasanpenghakim... http://www.bharian.com.my/articles/MindaPengarang_... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pleabar... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatid... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakiakh... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakitep...